Connect with us

Oh! Media

(Video) Tiga Sahabat Raikan Hari Jadi Rakan Terlantar Akibat Kemalangan Undang Sebak

Wanita Terlantar

Oh! Inspirasi

(Video) Tiga Sahabat Raikan Hari Jadi Rakan Terlantar Akibat Kemalangan Undang Sebak

Inilah sahabat sejati, setia menemani rakan yang sedang diuji.

Tak semua sambutan hari jadi dipenuhi gelak tawa dan kek besar. Ada yang diraikan dalam suasana sederhana, penuh doa dan kasih sayang.

Itulah yang dilakukan tiga sahabat yang meraikan hari jadi rakan mereka yang sedang terlantar akibat kemalangan.

Sambutan ringkas, doa dan kasih sayang jadi hadiah paling bermakna

@lemonteasha

cepat sembuh, kiteorg rindu 🥹 happy birthday cupika! simpan sini nnti bila kau sihat boleh tengok nii

♬ original sound – 𝐁𝐄𝐙𝐙𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐋𝐄𝐓 🎈 – 𝐁𝐄𝐙𝐙𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐋𝐄𝐓 🎈

Menerusi perkongsian daripada Tiktok akaun lemonteasha, tiga sahabat ini datang membawa sepotong kek dan hadiah untuk meraikan ulang tahun kelahiran rakan mereka iaitu Afiqah.

IKLAN

Walaupun Afiqah berada di atas kerusi roda dan masih dalam proses pemulihan, suasana tetap ceria. Difahamkan, punca Afiqah terlantar akibat kemalangan yang dialaminya pada Disember 2024.

Cepat sembuh, kiteorg rindu, happy birthday cupika! simpan sini nnti bila kau sihat boleh tengok nii – Katanya

Ibu Afiqah luah rasa terharu, minta maaf atas segala kekurangan

Lebih menyentuh hati, ibu kepada Afiqah meluahkan rasa terharu atas kehadiran mereka. Katanya, kehadiran sahabat-sahabat anaknya itu sedikit sebanyak mengubat rasa dan membuatkan anaknya gembira walaupun sedang diuji.

Rata-rata netizen turut menitipkan doa agar Afiqah segera sembuh, malah ramai yang mengaku sebak menyaksikan video tersebut.

Pssttt! Kisah ini mengingatkan bahawa persahabatan bukan sekadar hadir ketika senang, tetapi tetap setia menemani ketika susah.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas