Zaman sekarang, penggunaan dashcam sangatlah penting untuk setiap pemandu merakam sebarang kejadian kecemasan yang berlaku ketika memandu di atas jalan raya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kenderaan dihadapannya secara tiba-tiba terlanggar seorang kanak-kanak yang berlari ke arahnya.
Namun, apa yang menggeramkan warganet ialah pemandu yang memandu secara perlahan dan berhemah itu dimarahi seorang individu yang tidak dikenali kerana telah melanggar kanak-kanak tersebut.
Nasib baik ada dashcam
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan segelintir individu yang memarahi pemandu tersebut.
Nasib baik ada dashcam, boleh juga tunjuk bahan bukti. Kalau tak orang boleh ambil kesempatan macam tu saja.