Connect with us

Oh! Media

(Video) Tak Hirau Banjir, Abang Rilek Masak Maggi Dalam Lori

Trending

(Video) Tak Hirau Banjir, Abang Rilek Masak Maggi Dalam Lori

Macam yang kita tahu, banyak kawasan yang tengah dilanda banjir sekarang. Yelah, bila hujan lebat turun tanpa henti, ramai juga yang terkandas sebab air naik. Samalah dengan abang lori kita sorang ni.

ADVERTISEMENT

Tapi, yang rarenya pasal dia, boleh pula dia bantai masak maggi dalam lori tu. Orang lain punyalah risau kalau dah terkandas, dia boleh steady record rebus air nak masak maggi. Siap pelawa abang bomba makan sekali pulak tu!

Dalam video yang viral ini menunjukkan abang lori yang tengah masak maggi sebelum dua orang anggota bomba tiba-tiba muncul di pintu lori. Bomba siap tanya tau sama ada dia nak ikut turun ataupun tidak. Tapi, dia boleh pilih untuk stay dalam lori dan makan dulu. Ada juga dia ajak bomba tersebut untuk makan sekali, tapi mungkin kerana tugas, dia menolak pelawaan tersebut dengan baik.

“Cak! Abang bomba. Mari, makan maggi dulu kejap. Lapar tak?”

“Ni nak turun ke nak duduk dalam ni? Kalau nak turun jomlah, kita bawak sekali.”

“Taklah, nak masak dulu. Nak makan dulu.” – antara perbualan mereka dalam video tersebut.

Tak lama lepastu, dia ada pulak post video baru dengan caption menyesal tolak pelawaan bomba. Alahai, dengan background lagu ‘Pulang’ dari K-Clique, terasa pula betapa besarnya pengorbanan diorang nak keluar cari rezeki.

Tapi, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dia dalam video tersebut. Walaupun dalam suasana yang getir, tapi dia boleh chill dan tak gelabah. Bahkan video yang diambil dari TikTok itu turut sama viral di Twitter. Ada juga sesetengah netizen yang memuji anggota bomba tersebut yang tenang je bila bercakap walaupun tahu diorang dah penat jalankan tugas menyelamat.

Apapun kami di ohmedia doakan semua mangsa banjir supaya dipermudahkan urusan dan terus kuat dalam menghadapi dugaan. InsyaAllah, ada hikmah yang lebih besar menanti lepas settle semua ini. Amiin.

Kredit: TikTok Iskandar6400

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas