Connect with us

Oh! Media

Video Raya Terbaru Aliff Syukri Akhirnya Tarik Perhatian Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil Aliff Syukri

Trending

Video Raya Terbaru Aliff Syukri Akhirnya Tarik Perhatian Fahmi Fadzil

Video raya usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri akhirnya tarik perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil tindakan sekiranya perlu.

ADVERTISEMENT

BACAAliff Syukri Akhirnya Ambil Keputusan Padam Video Raya Terbaru

Menurut laporan mStar, Menteri Komunikasi itu sendiri berkata video Aliff mempromosikan lagu raya terbarunya itu mengandungi unsur keterlaluan serta menghina bulan Ramadan selepas beliau menontonnya.

Aliff Syukri padam video raya

Saya telah tonton sebahagian video di media sosial dan menerima banyak komen dari netizen untuk mengambil tindakan. Saya dimaklumkan video tersebut telah pun dipadamkan.

Saya telah meminta SKMM untuk meneliti dan mengambil tindakan bersesuaian. Jika ada keperluan untuk lakukan siasatan SKMM boleh berbuat demikian.

Fahmi juga sempat mengingatkan semua pempengaruh untuk teliti dulu semua konten sebelum dikongsikan di media sosial supaya bersesuaian untuk tontonan umum, tambah lagi buat kanak-kanak.

Sebagai influencer mereka perlu meneliti kandungan yang dihasilkan secara mendalam.

Kami (kerajaan) risau kandungan sebegini boleh memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak.

Pertemuan juga akan diadakan bagi membuat keputusan terutamanya untuk memastikan media sosial selamat digunakan.

Walau bagaimanapun, Aliff sebelum ini telah memadam video mempromosikan lagu raya terbarunya itu selepas ibunya, Bonda Rozita menegurnya secara terbuka di media sosial selain mendapat kecaman hebat netizen.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas