Connect with us

Oh! Media

Tular Video Pukul Rakan Macam ‘Punching Bag’, Polis Buka Kertas Siasatan

Buli3a

Trending

Tular Video Pukul Rakan Macam ‘Punching Bag’, Polis Buka Kertas Siasatan

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang pelajar dibuli beberapa pelajar yang lain. Dalam video berdurasi kira-kira 15 saat itu, dapat dilihat pelajar lain mengepung dan menumbuk perut mangsa. Mangsa pula hanya berdiri tegak menahan kesakitan.

BACA: Polis Tahan 5 Pelajar Tahfiz, Didakwa Buli Junior Hingga Cedera

Terbaru, Harian Metro melaporkan pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengenai kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah berasrama di negeri Perak.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya baru sahaja menerima laporan mengenai kejadian dan tindakan lanjut akan diambil.

Siasatan sudah dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media nanti.

Terdahulu, tindakan sekumpulan pelajar tanpa belas kasihan berlagak samseng dan menjadikan seorang pelajar lelaki sebagai ‘punching bag’ telah menimbulkan rasa marah orang ramai.

Orang ramai menyeru tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pelajar-pelajar yang membuli pelajar lain di sekolah.

Perkongsian viral:

Buli5
Buli6

Tonton perkongsian penuh di sini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas