Connect with us

Oh! Media

Trending

(VIDEO) Pemandu Perodua Axia Dakwa Mengantuk Sebelum Terbabas & Langgar Sebuah Motosikal

Terdapat satu kemalangan dimana sebuah kereta jenis Perodua Axia merempuh sebuah motosikal di Jalan Rambai, Taman Kota Masai petang semalam sebelum melarikan diri. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek berjaya dikesan dan ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

IKLAN

Siasatan awal mendapati pemandu itu mendakwa mengantuk menyebabkan dia terbabas dan melanggar penunggang motosikal. Pemandu kereta itu juga turut didapati tiada lesen memandu.

Dalam kemalangan jam 1.24 tengah hari itu, penunggang motosikal berusia 34 tahun dari arah Kota Masai 2 menghala ke Jalan Jambu cedera parah dilanggar dirempuh kereta dari arah bertentangan

Mangsa mengalami patah kaki kanan dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI). Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas