Siapa sangka hujan berterusan selama beberapa hari menyebabkan banjir teruk sehingga menjejaskan beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Difahamkan, ada tempat yang selama ini tidak pernah banjir tiba-tiba dinaiki air menyebabkan penduduk tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan.
BACA: Ramai Puji Sikap Pemilik Brabus G700 6×6 Berharga RM3.2 Juta, Diguna Untuk Bantu Mangsa Banjir
Nasib baiklah wujudnya rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan saling membantu dari segi tenaga, kewangan dan masa.
Di TikTok, seorang lelaki meluahkan rasa kagum melihat cara orang Malaysia menangani situasi banjir. Melihat di media sosial, orang ramai tidak putus-putus menyalurkan maklumat agar mangsa dapat diselamatkan.
Menurut lelaki itu lagi, dia tidak pernah melihat situasi begitu di tempat lain. Dia berasa tersentuh melihat masing-masing bekerjasama dan menghadapi situasi dengan tenang.
Katanya ianya sangatlah memberi inspirasi dan luar biasa. Lelaki ini turut berdoa agar urusan rakyat Malaysia dipermudahkan dan Allah SWT melindungi daripada sebarang kejadian buruk.
Kredit: TikTok @qawwamun
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.