Connect with us

Oh! Media

Ramai Puji Sikap Pemilik Brabus G700 6×6 Berharga RM3.2 Juta, Diguna Untuk Bantu Mangsa Banjir

Ohmedia brabus banjir

Oh! Lifestyle

Ramai Puji Sikap Pemilik Brabus G700 6×6 Berharga RM3.2 Juta, Diguna Untuk Bantu Mangsa Banjir

Sepanjang bencana banjir melanda negara di beberapa negeri, banyak yang kita dapat pelajari seperti sikap rakyat Malaysia yang cepat menyalurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Terbaru, kami tertarik dengan perkongsian seorang pengguna Twitter, Nedim Nazri Aziz yang menunjukkan seorang sukarelawan sanggup menggunakan jentera mewah Brabus G700 6×6 semata-mata ingin membantu mangsa banjir.

Bless my brother DS Sunny, simpann rumah bagi kilat buat apa, nah dia ni bawa masuk kawasan banjir, langgar longkang dan transfer stranded victim lagi. – Tulis Nedim.

Ramai yang memuji sikap pemilik kenderaan tersebut dan berkata kenderaan itu sememangnya amat sesuai digunakan untuk situasi seperti ini.

IKLAN

Untuk pengetahuan korang, jentera mewah ini bernilai jutaan ringgit dan sebab itulah ia membuatkan ramai netizen tersentuh. Memetik laporan paultan.org, harga seunit jentera mewah ini adalah RM3.2 juta (tidak termasuk cukai).

Pemilik yang dipercayai merupakan Datuk Seri itu turut dilihat tidak kekok memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

DS Sunny merupaka seorang collector kereta mewah di Malaysia. Beliau juga sememangnya sangat aktif memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak dahulu lagi. Jadi tidak pelik jika beliau juga menjadi antara yang terawal memberikan bantuan sewaktu bencana seperti ini. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia agar kita dapat hidup aman dan bahagia bersama. #keluargaMalaysia

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas