Tindakan tidak bermoral itu seringkali akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Lagi-lagi kalau kereta itu ditinggalkan tanpa pemandu.
Padah meletakkan kenderaan sesuka hati
Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter Isu Semasa Viral yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire meletakkan kenderaan secara sesuka hati dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Puas hati tengok video ni. Ni makan nya kalau suka parking ikut suka hati dekat midvalley sampai menyusahkan orang lain. Bodoh tak bertempat, harap je pakai kereta besar tapi otak langsung tak function. pic.twitter.com/UFXuENjiG6
Menerusi video tersebut, kenderaan jenis MPV itu disagat oleh sebuah bas yang dilihat sukar untuk melalui jalan tersebut selepas pemandu kenderaan tersebut meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya.
Penat nak menjawab dengan majikan
Melalui video asal yang dimuatnaik pengguna ayin8686 di TikTok, difahamkan kenderaan mewah itu merupakan milik majikan kepada individu yang memarkir kenderaan tersebut yang bekerja sebagai seorang pemandu peribadi.
Ketika kejadian, difahamkan juga pemandu tersebut sedang menunggu untuk mengambil majikannya di sebuah pusat membeli-belah.
Video yang tular itu mendapat respon warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka berpuas hati melihat video yang tular itu kerana ia merupakan kesalahan yang terang-terang dilakukan pemandu berkenaan.
Habislah pemandu tu, apa lah nak dijawab pada majikannya.