Connect with us

Oh! Media

(Video) Kemalangan Di Lampu Isyarat, Netizen Tegur Pemandu Ambulans

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 13t085223388

Trending

(Video) Kemalangan Di Lampu Isyarat, Netizen Tegur Pemandu Ambulans

Viral di media sosial rakaman dashcam menunjukkan sebuah ambulans bertembung dengan Proton Wira di persimpangan lampu isyarat. Berdasarkan rakaman, kemalangan dipercayai berlaku akhir September lalu.

BACA: (Video) Rakaman Dashcam Kemalangan Di Lampu Isyarat, Myvi Putih Tak Bersalah!

Dalam video berdurasi 56 saat itu, pada awalnya ambulans dilihat dipandu di bahagian kiri jalan. Ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat, kedengaran siren ambulans tanda kecemasan.

IKLAN

Lampu isyarat pada ketika itu berwarna merah. Pertembungan berlaku apabila Proton Wira dari seberang jalan membelok ke kanan. Mungkin tidak menyedari kehadiran ambulans ketika itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menegur pemandu ambulans dengan menyatakan ketika lampu isyarat merah, dia perlu memastikan keadaan selamat terlebih dahulu.

Menurut mereka, pemandu perlu lebih berhati-hati kerana situasi seperti dalam video mengundang bahaya kepada kedua-dua pihak.

Am1a
Am2a
Am3a
Am5a

Sementara itu, ada segelintir netizen menyeru pemandu jalan raya supaya lebih peka dengan bunyi siren sama ada ambulans, polis atau eskot kenderaan VVIP. Katanya, kerjasama kedua-dua pihak adalah penting untuk memudahkan urusan.

Am4a

Hmm, apa-apa pun diharapkan semua selamat dan tiada kecederaan serius berlaku. Mungkin video ini boleh dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Kredit: Sukar Star TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas