Connect with us

Oh! Media

(Video) Ibu Menangis Anak Nak Tinggalkan Wad Undang Air Mata Netizen

Trending

(Video) Ibu Menangis Anak Nak Tinggalkan Wad Undang Air Mata Netizen

Ibu adalah permata berharga yang dianugerahkan kepada setiap manusia dan ibu juga menempuh pelbagai dugaan untuk membesarkan anak-anaknya walaupun dalam serba kekurangan.

ADVERTISEMENT

Terdapat sebuah kisah yang tular di aplikasi Tik Tok yang mana seorang jejaka menyiarkan video berdurasi 52 saat memaparkan ibunya yang ketika itu berada di hospital, menangis apabila diberitahu oleh jejaka tersebut hanya mahu pulang ke rumah.

Memetik laporan mStar, jejaka yang dikenali sebagai Saffee Rahim, 30 merupakan anak bongsu daripada 5 beradik telah menjaga ibunya. Nur Asiah Tamdun, 72 yang kini menderita diabetes dan mengakibatkan jari kakinya dipotong.

Menurut Saffee, dia sudah setahun berhenti kerja di Kuala Lumpur sebagai tukang kebun dan pulang ke kampung halamanya di Baling, Kedah demi mengerahkan kudrat menjaga syurga dunia akhiratnya.

Gambar Saffee bersama emaknya

Selain daripada diabetes, ibunya juga terpaksa menjalani rawatan dialisis secara berkala disebabkan penyakit buah pinggangnya.

Dulu saya bekerja sebagai tukang kebun di Kuala Lumpur, dah setahun saya berhenti lepas mak sakit. Sekarang, saya berniaga di hadapan rumah menjual char kuey teow yang saya masak sendiri.

kemudian, wang daripada kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP), saya berkongsi membuka nasi kukus di Shah Alam. Sekarang kawan saya yang uruskan di sana.

Saya sekarang tinggal berdua bersama mak saya untuk jaga dia, kakak dan abang semua tinggal berasingan. Ayah saya pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit jantung semasa saya tingkatan 5.

Saffee juga memberitahu yang emaknya sudah pun dibenarkan keluar daripada hospital pada sabtu lepas dan masih bergantung kepada kerusi roda.

Dalam pada itu, video Saffee mengenai ibunya yang berada di hospital baru-baru ini tular di aplikasi tiktok.

Video yang memaparkan ibu Saffee yang menitiskan air mata sambil di sisi Saffee sehingga kini berjaya meraih hampir 100,000 tontonan di Tik Tok dan netizen turut sebak melihat video tersebut.

Saffee berkata, dia berdoa agar ibunya diberikan kesembuhan segera memandangkan ramadhan dan hari raya bakal menjelma tidak lama lagi.

Kredit: mStar

+ Lihat respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas