Oh! Artis
Video Gimik Laki Bini Gaduh ST Rosyam Mart Viral Sampai Luar Negara
Gimik ST Rosyam Mart dikecam kerana dikaitkan dengan keganasan rumah tangga.
Baru-baru ini tular video pertengkaran suami isteri di sebuah pasar raya yang dipercayai memperlihatkan insiden keganasan rumah tangga.
Rupanya, video itu hanyalah gimik pemasaran daripada pasar raya milik pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, ST Rosyam Mart.
Ramai netizen menganggap gimik tersebut sebagai tidak sensitif kerana memaparkan keganasan rumah tangga secara terbuka, walaupun ia hanyalah lakonan.
Mereka berpendapat ia tidak sesuai, terutama apabila ada yang sedang alami isu rumah tangga sebenar.
Video viral luar negara sampai Yahudi turut komen, burukkan imej Islam?

Lebih memburukkan keadaan, seorang wanita berbangsa Yahudi, Dahlia Kurtz memuat naik video itu di aplikasi X bersama kapsyen yang menimbulkan persepsi negatif.
Kalau di tempat awam pun suami dia layan macam tu, bayangkan macam mana layanan di rumah.
Hantaran itu dilihat memberi gambaran buruk terhadap masyarakat Islam.
Tidak duduk diam, rakyat Malaysia pantas menambah konteks pada hantaran tersebut dan menjelaskan bahawa video itu hanyalah gimik pemasaran.
Kini, video tersebut turut dipaparkan bersama penjelasan bahawa ia bukan kejadian sebenar.

Ramai turut meluahkan kebimbangan bahawa gimik seperti ini membuka ruang kepada pihak luar untuk terus memandang serong terhadap Islam.
Menjengah ke ruangan komen, ramai menyalahkan video tersebut kerana menyumbang kepada imej negatif terhadap agama Islam di mata dunia.
Pssttt! Zaman viral sekarang ni, apa sahaja boleh jadi gimik. Tapi bila isu keganasan rumah tangga dijadikan bahan promosi, ia bukan lagi soal marketing, ia soal sensitiviti. Lebih parah, bila gimik itu undang persepsi buruk terhadap Islam. Hati-hati buat konten, sebab dunia sedang memerhati setiap inci yang kita tunjuk.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM