
Trending
(Video) “Boleh Trauma Budak Tu” – Netizen Kecam Pemuda Takutkan Kanak-Kanak Dengan Kucing
Oleh
Fobia merupakan satu perasaan takut yang teramat sangat terhadap sesuatu perkara ataupun terhadap fenomena yang berlaku di sekeliling. Sebagai contoh, mereka yang gayat sudah tentunya fobia untuk berdiri atau berada di tempat yang tinggi.
Takutkan budak dengan kucing
Tular satu video di TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang ditakutkan dengan kucing.
@acong44 🤣🤣🤣🤣🤣
♬ original sound – cintaHati❤
Menerusi video dimuat naik acong44 itu, pemuda berkenaan bertindak mengacah kanak-kanak lelaki itu dengan seekor kucing sambil ditertawakan orang sekeliling.
Dapat dilihat kanak-kanak itu menjerit dan menangis teresak-esak akibat terlalu takut.
Kanak-kanak tersebut boleh trauma
Video yang tular itu mendapat respon Pegawai Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dzul Hafiz Zoriff. Beliau yang dihubungi Kosmo mengatakan bahawa perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan kerana ia boleh memberikan impak jangka masa panjang buat kanak-kanak itu yang boleh menyebabkannya mengalami trauma berpanjangan.
Jika kita lihat video itu, mungkin ada orang akan berasa comel apabila kanak-kanak itu berasa takut dengan kucing, siap boleh rekod video lagi. Tetapi, perkara itu salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana berupaya mengundang trauma psikologi.
Setiap manusia mempunyai perwatakan berbeza secara semulajadi, jika kita memberi tekanan kepada karakter itu, ia akan menyebabkan trauma selain mangsa akan berasa kurang yakin dengan keadaan sekeliling.
Netizen turut mengecam
Video itu turut mendapat respon dari netizen. Rata-rata mereka mengecam tindakan pemuda berkenaan yang menakutkan kanak-kanak itu dengan kucing.




Haihh benda-benda macamni jangan dibuat main. Orang yang fobia ni boleh sesak nafas bila terlampau takut.
Kredit: TikTok acong44 | Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
