Connect with us

Oh! Media

(Video) “Baru Hari Ni Aku Ternampak” – Bos Terharu, Rakam Pekerja Bawa Anak Ke Tempat Kerja

Trending

(Video) “Baru Hari Ni Aku Ternampak” – Bos Terharu, Rakam Pekerja Bawa Anak Ke Tempat Kerja

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah yang dapat digambarkan dengan situasi seorang bapa yang terpaksa membawa anak bersama ke tempat kerja.

ADVERTISEMENT

BACA: Takut Ayah Akan Kahwin Lain, Anak Minta Ibu Buang Bapa Dalam Tong Sampah

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, seorang lelaki merakam aksi seorang kanak-kanak perempuan bermain seorang diri di dalam pondok pengawal.

Bapa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menyiapkan tempat tidur anak berlapikkan jaket security yang dipakainya.

@cbuklaawkni76 Asalamualaikum… #fypシ ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menurut majikan, pengawal keselamatan tersebut baru seminggu bertugas dan dia berkesempatan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Apa yang aku boleh cakap aku respect kat lu bro. Aku tak tahu apa cerita lu tapi apa yang dilihatkan menunjukkan sikap bertanggungjawab lu bro.

Walaupun tidak mengenali sepenuhnya pekerja itu dan tidak mengetahui situasi sebenar yang dihadapi, pengawal keselamatan itu jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang bapa.

Di ruangan komen, orang ramai turut memuji lelaki ini yang membenarkan pekerja membawa anak ke tempat kerja.

Tak kurang juga yang berasa sebak melihat situasi dua beranak itu. Semoga baik-baik sahaja buat mereka.

Kredit: TikTok @cbuklaawkni76

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas