
Trending
(Video) “Bahayakan Nyawa Orang Lain” – Tindakan Konvoi Polis Potong ‘Double Line’ Dikecam Netizen
Oleh
Bila kita memandu di kawasan jalan raya ‘tunggal’ lebih-lebih lagi ketika ingin pulang ke kampung halaman, mesti kita akan berdepan dengan situasi pemandu lain memotong di garisan berkembar bukan?
BACA: (Video) Arah Kereta Ke Tepi Bagi Laluan Geng Konvoi, Polis Cari ‘Marshal’ Ini
Dan seperti yang kita tahu, perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan ia boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Konvoi polis potong ‘double line’
Semalam, tular satu video di Twitter memaparkan konvoi polis yang mengiringi sebuah kereta yang berada di atas sebuah trak tunda.
Tahniah PDRM.. Keselamatan marhain letak tepi saja. pic.twitter.com/Ujqkeppt1Y
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) July 26, 2022
Dapat dilihat, kereta polis pengiring itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana bertindak memotong di garisan berkembar.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan polis berkenaan kerana boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Persoalannya kereta siapa?


Polis hanya jalankan kerja?


Bahayakan pengguna jalan raya


Kredit: Twitter jllmisai
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
