Trending

Vellfire Gantikan Perdana Jadi Kenderaan Rasmi Menteri?

Published on

Bagi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium yang telah ditamatkan pengeluaran pada tahun 2014 lepas, Toyota Vellfire 2.5L diputuskan kerajaan sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Kabinet.

BACA : Polis Rampas Kereta Rasmi Kerajaan Yang Dipakai Norhizam

Menurut laporan Harian Metro, pertukaran itu telahpun diputuskan dengan mengambil kira pelbagai perbincangan pertukaran KRJ dan perkara ini dikatakan snediri Kementerian Kewangan.

Pemilihan ini juga kerana kos sewa bulanan Toyota Vellfire lebih rendah kalau nak dibandingkan dengan Proton Perdana.

Cadangan penggantian Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya sudah dipertimbangkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

Pergh! Rasanya lagi best kalau naik Vellfire ni berbanding Proton Perdana. Apa pandangan korang? 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version