Connect with us

Oh! Media

Vandelisme Punca Anak Terperangkap Dalam Lif, Bapa Tampil Mohon Maaf

Ohmedia lif

Trending

Vandelisme Punca Anak Terperangkap Dalam Lif, Bapa Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini, tular di media sosial kejadian dua kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam lif di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, Kuala Lumpur selama 9 jam.

Kejadian itu rupa-rupanya berpunca daripada sikap kanak-kanak berkenaan yang membuat kerosakan apabila meletakkan selipar di tengah pintu lif menyebabkan sistem auto lock diaktifkan.

Terbaru, Majoriti melaporkan ayah kepada salah seorang kanak-kanak terbabit memohon maaf di atas perbuatan anaknya.

IKLAN
Ohmedia whatsapp image 2024 08 21 at 115431 am

Bapa, Mohd Zaidi Zakaria menerima segala kritikan masyarakat dengan hati terbuka dan akan menjadikannya sebagai pengajaran di masa akan datang.

Lif

Jelasnya, dia sebagai bapa tanpa gagal memberi didikan untuk anak-anak. Tetapi, kadang kala anak bersikap degil tanpa diduga di luar kawalannya.

Paling utama, alhamdulillah anak saya selamat. Apa pun saya bersedia bertanggungjawab atas setiap kesilapan yang dilakukan anak-anak saya. Moga mendapat doa yang baik dari anda semua. Mohon maaf saya pinta dari pihak saya serta anak-anak.

Terdahulu, dua kanak-kanak lelaki yang disangka hilang ditemui selamat dalam lif di tingkat empat sebuah pangsapuri.

Melalui rakaman CCTV, mereka dilihat terbaring kepenatan sehingga tertidur menyebabkan netizen menyalahkan pihak pengurusan kediaman yang lambat bertindak.

Tampil mempertahankan diri, pihak pengurusan kemudian menunjukkan rakaman punca sebenar kejadian.

Ohmedia lif

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Majoriti


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas