Connect with us

Oh! Media

‘Ustaz Mana Artis Ini Rujuk Pahala Berganda-Ganda Ni?’ – Ridhuan Tee

Trending

‘Ustaz Mana Artis Ini Rujuk Pahala Berganda-Ganda Ni?’ – Ridhuan Tee

Pendakwah terkenal, Prof. Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook meluahkan rasa teruja dengan pandangan seorang artis mengenai dugaan yang diterima selepas majlis yang dicipta menjadi viral.

ADVERTISEMENT

Melalui hantaran tersebut, Ridhuan Tee turut bertanyakan ustaz mana yang dimaksudkan untuk dia mendapatkan kepastian.

Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri? Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut. Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.

Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek.

Beliau turut memohon supaya budaya menggunakan nama agamawan untuk melindungi diri dihentikan.

Foto: Facebook Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Tambahnya lagi, beliau bersetuju dengan pendapat Mufti Perlis dalam kias soal keutamaan antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

Konteks dan teks berbeza.

Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini. Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Contohnya, antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan. Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.

Jelasnya lagi, hal ini sama dengan isu menghadiri undangan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), jika memudaratkan maka boleh sahaja tidak hadir ke majlis tersebut.

Foto: The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Contoh lain, antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan, sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan, berbanding jemputan lain. Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.

Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan? Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?

Di hantaran tersebut juga, beliau memohon supaya budaya mencari publisiti dihentikan. Beliau berpendapat tidak semua perkara perlu diberitahu khalayak.

Kredit: Mohd Ridhuan Tee Abdullah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas