Connect with us

Oh! Media

Ugut Mahu Bunuh Anak, Bapa Direman

Anak Didera Bapa

Trending

Ugut Mahu Bunuh Anak, Bapa Direman

Anak merupakan anugerah yang paling berharga yang diberikan kepada ibu bapa dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memelihara dan menjaga anak-anak mereka agar menjadi manusia yang berguna kelak.

Terbaru, seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 20 tahun ditahan selepas disyaki mendera dan mengugut untuk membunuh kedua orang anaknya dalam kejadian yang tular dipercayai berlaku di Ulu Balung, Tawau.

Memetik laporan Kosmo, tular di laman sosial Facebook sejak selasa lalu yang mana dua klip video berdurasi 16 dan 26 saat memaparkan seorang lelaki telah memijak kaki, perut, leher dan kepala kanak-kanak lelaki dan perempuan sambil mengacukan serta mengugut untuk membunuh mangsa.

IKLAN
Whatsapp image 2021 04 16 at 100844 e1618539107386
tangkapan layar bekenaan video seorang bapa memijak leher anaknya

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, motif kejadian tersebut berlaku adalah berpunca dari krisis rumah tangga antara suspek dan isterinya.

Suspek dipercayai bertindak mendera dua anak pasangan itu yang berumur lima dan dua tahun untuk bertujuan mengugut isterinya agar pulang ke rumah.

Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan BSJ IPD Semporna susulan laporan yang diterima kira-kira pukul 11.26 pagi kelmarin.

Twu ub310320 hs polis p1
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas

Pihak polis juga telah merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk merakam video berkenaan selain sebilah pisau berukuran 31 sentimeter.

Peter berkata, kedua kanak-kanak itu telah berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

perintah reman ke atas suspek selama 14 hari akan dipohon bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas