Connect with us

Oh! Media

Turut Hadir Di Mahkamah, Firdaus Wong Jadi Saksi Kes Gangguan Seksual UEL

Trending

Turut Hadir Di Mahkamah, Firdaus Wong Jadi Saksi Kes Gangguan Seksual UEL

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong memaklumkan bahawa dirinya akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

ADVERTISEMENT

BACA: Ebit Lew Akan Dibicarakan Esok, Libatkan 11 Pertuduhan Kes Gangguan Seksual

Menerusi hantaran di Facebooknya, Firdaus Wong memaklumkan bahawa dia bersama seorang lagi pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan hadir ke mahkamah sebagai saksi pendakwa raya bagi kes perbicaraan tersebut.

Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pendakwa raya.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.

Firdaus Wong juga mengharapkan doa orang ramai agar segala urusan perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar dan semoga keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.

Kredit: Facebook Firdaus Wong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas