Connect with us

Oh! Media

Tun Abdullah Masuk IJN Sehari Sebelum Meninggal Dunia

tun abdullah ahmad badawi

Trending

Tun Abdullah Masuk IJN Sehari Sebelum Meninggal Dunia

Negara dikejutkan dengan berita pemergian bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), pada usia 85 tahun.

Menurut laporan mStar, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) selepas mengalami kesukaran bernafas pada hari Ahad, namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam semalam di sisi ahli keluarga tersayang menerusi satu kenyataan dari IJN.

Beliau segera ditempatkan di CCU dan dipantau rapi oleh pasukan pakar jantung kami. Walaupun segala usaha dilakukan, beliau menghembuskan nafas terakhir dengan tenang.

Keperibadian mulia yang tak akan dilupakan

copy of untitled design   1

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Dr Ezani Md Taib, turut menyifatkan detik menjaga Allahyarham sebagai satu penghormatan besar buat seluruh pasukan.

IKLAN

Keperibadiannya yang rendah diri dan penuh budi pekerti menyentuh hati ramai staf kami.

Pemergian beliau turut diumumkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi Instagram Story.

Legasi Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri

copy of untitled design   1

Tun Abdullah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dikenali dengan gaya kepimpinan lembut tetapi tegas, beliau turut membawa pendekatan Islam Hadhari dalam pentadbiran negara.

Setiap pemimpin hadir dengan legasi dan nilai tersendiri. Pemergian Tun Abdullah adalah satu kehilangan besar buat negara. Marilah kita semua mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas