Trending
Tular Video Individu Dipercayai Curi Penutup Besi Longkang Di Kawasan Perumahan
Baru-baru ini viral satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Yu KH yang memaparkan sebuah kereta Hilux berwarna hitam dipercayai mengambil penutup besi longkang di kawasan perumahan Taman Limau Manis pada Ahad lalu.
Video itu diperoleh daripada rakaman CCTV yang dipasang di kawasan perumahan tersebut. Merujuk kepada lokasi, kelihatan kejadian itu dipercayai berlaku di lokasi yang sama insiden individu meraba seorang wanita dan cubaan lelaki menunjuk kemaluan.
BACA : Padah Raba Punggung Wanita, Buruh Dipenjara Setahun
BACA : Lelaki OKU Tunjuk Kemaluan Depan Wanita Mengaku Salah
Pada awal video itu, kelihatan tiada apa-apa barangan yang dibawa di bahagian belakang kenderaan sehinggalah apabila kereta tersebut keluar daripada satu simpang terdapat satu penutup longkang besi yang dibawanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut menyedari kawasan perumahan tersebut menjadi ‘hotspot area’ untuk beberapa individu melakukan jenayah.



Kredit : Facebook Yu KH
+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM