Connect with us

Oh! Media

(Video) Aksi Gaduh 2 Kumpulan Tular, Rupanya Tengah Berebut Kawasan Jualan Dadah

Trending

(Video) Aksi Gaduh 2 Kumpulan Tular, Rupanya Tengah Berebut Kawasan Jualan Dadah

Semalam katanya ada satu rakaman video tular yang memaparkan dua kumpulan kongsi gelap sedang bergaduh. Yang lebih mengejutkan apabila video itu sebenarnya adalah rakaman kejadian ‘perang’ 2 kumpulan untuk merebut kawasan jualan dadah yang berlaku di taman perumahan di Taman Juara Jaya, Batu 9, Cheras.

ADVERTISEMENT

Mereka juga dikatakan telah menggunakan parang panjang untuk menyerang antara satu sama lain sehingga menyebabkan dua daripada mereka mengalami kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pergaduhan itu dipercayai berlaku di antara Geng 08 Sg Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang apabila kedua-dua kumpulan itu mahu merebut kawasan penjualan dadah di Cheras.

Susulan itu satu Op cantas dilakukan di mana setakat ini 10 individu sudah ditangkap dan akan direman dalam masa terdekat.

Kejadian itu juga menyebabkan dua individu cedera dan kini sedang dirawat di hospital serta dalam keadaan stabil. – Katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas saja kejadian itu berlaku, polis telah menjumpai tiga buah kereta yang telah ditinggalkan oleh suspek atau mangsa di tempat kejadian dengan kesan langgar antara satu sama lain.

Video kejadian itu juga tular di media sosial yang telah menunjukkan serangan antara dua kumpulan itu.

Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor sudah mengenal pasti beberapa individu bagi membantu siasatan. – Katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

Kredit: Harian Metro, Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas