Connect with us

Oh! Media

Tular Peniaga Kena Saman Walaupun Van Polis Yang Rempuh Kereta, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku

Van Polis 1

Trending

Tular Peniaga Kena Saman Walaupun Van Polis Yang Rempuh Kereta, Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku

Tular di media sosial satu hantaran di Twitter yang mempersoalkan mengapa abangnya disaman meskipun tidak melakukan kesalahan.

Menerusi ciapan itu, pengguna Twitter Lizzy mendakwa abangnya yang memandu Ford Ranger telah memperlahankan kenderaan dan memberi signal untuk membelok. Tetapi secara tiba-tiba dirempuh dengan kenderaan polis dari arah belakang.

Pengguna Twitter itu meluahkan kekeliruan mengapa abangnya pula yang menerima surat saman daripada polis. Soalnya, adakah undang-undang jalan raya dikenakan kepada orang awam sahaja.

IKLAN

Terbaru, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar berkata, satu siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Hasil siasatan tersebut telah dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya cawangan Temerloh untuk mendapatkan arahan seterusnya.

Berdasarkan arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya, saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan orang awam pada 25 Ogos 2022 di atas kesalahan menghalang lalu lintas di bawah kaedah 12(4) LN 166/59 iaitu kenderaan tidak boleh berhenti dan memotong di garisan putih berkembar bagi apa-apa tujuan.

Selain itu, pemandu van polis juga diambil tindakan kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. Tambahnya, tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai penyiasat jika didapati terdapat unsur-unsur kecuaian dalam siasatan.

Kenyataan penuh:

301140047 384557117196329 5783625301782414326 n

Reaksi netizen:

Double line 1a
Double line 2

Kredit: Facebook POLIS Temerloh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas