Connect with us

Oh! Media

Tular Kesesakan Di PPV, PDRM Ambil Tindakan Segera

Trending

Tular Kesesakan Di PPV, PDRM Ambil Tindakan Segera

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan ratusan warga asing yang berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara walk in sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk telah berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Lelaki Pengsan Di PPV, JKNS Tepis Dakwaan Disebabkan Vaksin

Perkara itu mendapat perhatian daripada netizen selepas mereka tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan dilihat terus beratur rapat antara satu sama lain.

Lebih menakutkan, kumpulan warga asing itu bukan sahaja gagal mengikuti SOP di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan, malah mereka dilihat seakan ‘berpeluk’ akibat terlalu dekat.

Video yang tular itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial bernama @bondaumirahtaib sehingga menuai kecaman daripada orang ramai.

https://twitter.com/FazaHyuni/status/1425283482624749570

Seorang individu tampil kawal kesesakan

Menerusi video tersebut, seorang individu dilihat tampil meminta agar warga asing itu mengikuti SOP dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Gambar kesesakan di sebuah PPV di ibu negara

Dia juga turut memohon kepada pihak polis untuk membantu kesesakan itu yang dilihat mampu memberikan kesan kepada orang sekeliling.

Menurut laporan Kosmo, kejadian dikatakan berlaku di Rumah Prihatin di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur, yang mana menjadi lokasi pemberian vaksin secara walk in.

Polis ambil tindakan segera

Berhubung dengan kejadian itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan Pematuhan ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah mengesan video yang tular itu dan dengan segera menyuruh pasukannya untuk mengawal keadaan.

Polis Dang Wangi telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Pasukan Pematuhan untuk mengawal keadaan.

perkara itu termasuk membuat hebahan agar orang ramai yang hadir mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

Tambahnya lagi, arahan dikeluarkan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau, Pasukan Pematuhan bagaimanapun berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai dilaksanakan.

Kredit: Kosmo! I Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas