
Trending
Tular Insiden ‘Headbutt’ Safiq Rahim, Ini Respon Balas TMJ
Oleh
Semalam telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Bagaimanapun, kemenangan akhirnya berpihak kepada pasukan Harimau Selatan selepas menundukkan pasukan Terengganu dengan skor 3-0 serta layak ke perlawanan akhir menerusi aggreget 4-1.
Namun, kemenangan itu sedikit dicemari dengan insiden kontroversi apabila pemain bintang JDT, Safiq Rahim telah dilayangkan kad merah selepas menanduk kepala Faisal Halim pada minit ke-15 permainan.
Insiden itu jelas menimbulkan rasa terkejut para peminat bola sepak tempatan sehingga ada yang beranggapan insiden tersebut tidak patut berlaku.
Terdapat juga dakwaan menyatakan Faisal Halim pada awalnya tidak berpuas hati selepas ditolak dengan kuat oleh pemain Safiq. Selepas berbalas provokasi, Safiq yang tidak dapat menahan marah terus menanduk kepalanya.
Isu kad merah Safiq Rahim, TMJ beri respon balas
Berhubung dengan kejadian itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah tampil memberikan maklum balas mengenai insiden yang menimpa anak buahnya itu.
Hal itu selepas seorang pengguna Twitter bernama Ezzanee Yazid memuat naik ciapan meminta TMJ untuk memberikan komen mengenai kejadian itu.
@HRHJohorII apa komen tuanku terhadap @safiqrahim8 ? https://t.co/E9A6TmD1xW
— Ezzanee Yazid (@JohnnyEzz) November 27, 2021
Bagaimanapun, Tunku Ismail dilihat membalas ciapan tersebut selain mengakui kesalahan yang dilakukan oleh Safiq Rahim serta sudah pun memaafkannya.
Setiap orang atau individu membuat silap. Kita manusia, kita semua tidak sempurna.
Setiap orang atau individu membuat silap. Kita manusia, we’re not perfect. Safiq kesal dengan tindakan dia dan dia minta maaf kepada semua players, coaches dan staff, and that’s it. Itu sahaja. Its over, and we move on. https://t.co/3SxAk64kEj
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 27, 2021
Jelas baginda, Safiq sudah pun menyesali tindakannya itu selain telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak termasuklah pemain, jurulatih dan sebagainya selain menganggap perkara tersebut telah pun selesai.
Safiq kesal dengan tindakan dia dan dia minta maaf kepada semua pemain, jurulatih, staf dan itu sahaja.
Ia telah berakhir dan kita perlu melupakan perkara itu.
Dalam pada itu, skuad Harimau Selatan itu bakal bertemu dengan Kuala Lumpur FC di perlawanan akhir Piala Malaysia bagi merebut piala berprestij bagi edisi ke-100 penganjurannya.
Kredit: Kosmo! I Twitter TMJ
