Connect with us

Oh! Media

Tular Dewan Sekolah Dijadikan Tempat Hiburan Tarian Mencolok Mata Di Kelantan?

Copy of Untitled Design   1

Trending

Tular Dewan Sekolah Dijadikan Tempat Hiburan Tarian Mencolok Mata Di Kelantan?

Kelantan kini membuka kertas siasatan terhadap sebuah syarikat perlombongan emas yang menganjurkan majlis makan malam dengan persembahan tarian mencolok mata di sebuah dewan sekolah di Tanah Merah.

Menurut laporan Harian Metro, majlis yang berlangsung di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) itu telah melanggar peraturan negeri dan menarik perhatian pihak berkuasa selepas tular di media sosial.

Siasatan oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)

Img 6297

MDTM sudah diarahkan untuk membuka siasatan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah.

IKLAN

Saya baru mengetahui perkara ini dan siasatan telah dimulakan. Penganjur dan pihak sekolah akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Beliau turut memaklumkan bahawa majlis tersebut melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998, yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun.

Tidak memohon sebarang permit penganjuran

Nstp

Semakan pihak berkuasa mendapati syarikat berkenaan tidak memohon sebarang permit untuk acara tersebut. 

Bukan tu jer, majlis itu turut dihadiri pelombong dari Tanah Besar China serta pekerja tempatan, termasuk yang beragama Islam.

Kita kesal kerana hiburan seperti ini dianjurkan tanpa kebenaran dan dewan sekolah digunakan untuk tujuan yang tidak wajar.

#OhmediaNasihat

Kita perlu peka dengan sensitiviti budaya dan agama setempat, terutamanya apabila menganjurkan majlis di lokasi seperti sekolah. Hormati peraturan dan nilai masyarakat agar tidak mencetuskan kontroversi atau salah faham.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas