Trending
Tular CCTV Depan Pasar Raya Di Perlis, Ibu Kini Ditahan
Tular di media sosial sejak semalam rakaman video memaparkan seorang ibu memukul anaknya di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Perlis.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat beberapa kali menampar anaknya sehingga terjatuh dan kepalanya terhantuk pada bucu bangku.
Tindakan kejam ibu terbongkar melalui CCTV!
Terbaru, Harian Metro melaporkan wanita berusia 37 tahun terbabit telah ditahan pihak polis. Dia yang bekerja sebagai pekerja kantin diberkas di sekitar Mata Ayer selepas video kejadian tular di media sosial.
Jelas Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 12.16 pagi dan segera bertindak.
Dalam video tular itu memaparkan suspek memukul bahagian belakang kepala seorang kanak-kanak perempuan sehingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah.
Tambahnya lagi, mangsa mengalami luka di bahagian kening sebelah kanan dan telah menerima rawatan susulan.
Tindakan undang-undang menanti

Suspek kini dalam tahanan polis dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang didapati bersalah mendera atau menganiaya kanak-kanak.
#ApaKataOhmedia
Sebagai ibu bapa, mereka seharusnya mengawal emosi apabila berdepan dengan anak kecil. Janganlah menghukum sampai mencederakan si anak. Ianya boleh membawa kesan buruk dan trauma seumur hidup! Semoga kes ini dijadikan pengajaran.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM