Connect with us

Oh! Media

Tujuh Kenderaan Terbakar & Polis Temui Botol Serta Kesan Simbahan Petrol

Trending

Tujuh Kenderaan Terbakar & Polis Temui Botol Serta Kesan Simbahan Petrol

Semalam berlaku kebakaran yang melibatkan tujuh kenderaan di tempat letak kereta Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Hasil siasatan polis mendapati ia mungkin berpunca dari perbuatan khianat apabila pihak bomba menjumpai satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol pada kereta.

Kesan simbahan petrol ditemui di hadapan sebuah kereta PERODUA Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran.

Sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran diambil dan akan dibawa ke makmal untuk analisa punca sebenar kebakaran. – Kata Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni kepada Berita Harian.

Antara kenderaan yang terlibat adalah van Mitsubishi Delica, dua buah Perodua Myvi, Perodua Bezza, Toyota Vios dan Perodua Kelisa.

Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan dan sesiapa yang melihat kejadian boleh bantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2287222 atau pergi ke balai polis berdekatan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas