Trending
TUDM Sahkan Identiti Juruterbang Pesawat Hawk Yang Terhempas
Malam tadi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengesahkan kejadian pesawat Hawk 108 yang terhempas di Pengkalan Udara Butterworth. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mengesahkan identiti juruterbang yang terlibat.
Menerusi laporan Kosmo, Markas TUDM mengesahkan juruterbang yang meninggal dunia ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan yang tercedera, Mejar Mohd. Fareez Omar kini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Juruterbang melakukan latihan penerbangan

Kedua-dua juruterbang itu dikatakan sedang melakukan latihan penerbangan (Night Flying) sebelum terlibat dengan kemalangan terhempas itu.
Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.
Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.
Siasatan terperinci akan dilakukan oleh TUDM mengenai insiden yang berlaku ini. Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan untuk menerima takdir yang tertulis ini.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 21 hours ago