Trending

Trend Upah Tetamu Palsu Hadir Majlis Kahwin Dapat Sambutan Di Korea

Published on

Sebaik sahaja kerajaan Korea Selatan mengumumkan kelonggaran sekatan Covid-19, trend upah tetamu palsu hadir ke majlis perkahwinan di Korea mendapat sambutan.

BACA: Majlis Kahwin 8.34 Juta, Anak Bill Gates Kahwini Pemuda Muslim

Menjadi kebudayaan bagi masyarakat Korea, taraf populariti bagi pasangan pengantin dan keluarga dinilai daripada bilangan tetamu yang hadir semasa majlis perkahwinan diadakan.

Menyamar sebagai tetamu

Menurut Kosmo, agensi-agensi tetamu perkahwinan di South Korea telah mewujudkan trend menjemput tetamu palsu untuk menghadiri majlis perkahwinan. Mereka mencari dan membayar individu yang mahu menyamar menjadi tetamu di majlis tersebut.

Kami menerima kira-kira dua kali ganda panggilan telefon daripada pelanggan yang mencari tetamu palsu sejak kerajaan mengumumkan pelonggaran perintah berkurung pada 15 Oktober lalu.

Sebelum ini, kami perlu mencari kira-kira lima ke sembilan tetamu palsu hadir bagi satu majlis, namun kini angka itu meningkat kepada 20.

Sebelum ini, kerajaan Korea hanya membenarkan 90 orang tetamu sahaja yang boleh hadir, tetapi sekarang sudah dinaikkan menjadi 250 orang untuk hadir ke acara sosial. Makin ramai la tetamu palsu yang dibayar agensi lepas ni.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version