Trending
Tren Lewat 2 Jam Gara-Gara Penumpang Tarik Brek Kecemasan Ketika Sedang Bergerak
Tindakan seorang penumpang tren menarik brek kecemasan ketika tren ETS sedang bergerak telah menyebabkan berlakunya kelewatan selama dua jam.
Menerusi satu hantaran di Facebook, KTM Berhad menyertakan bukti video menunjukkan lelaki memakai baju biru sengaja menarik brek sebelum melarikan diri.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) sekitar 11.25 malam membabitkan tren ETS ES9052 yang sedang dalam perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh.

Tren tersebut berlepas dari KL Sentral pada 9.40 malam dan sepatutnya tiba di Ipoh pada 12.16 tengah malam.
Tetapi insiden ini telah menyebabkan tren tiba di Ipoh dua jam kemudian iaitu pada 2 pagi.
KTM Berhad menegaskan kepada semua pengguna tren untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia sedang beroperasi.
Katanya, pengguna yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Akta menerangkan bahawa mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh seseorang pengendali berlesen dalam mana-mana koc kereta api atau pada mana-mana tren kereta api bagi kegunaan penumpang untuk memberhentikan tren kereta api itu dalam hal kecemasan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook KTM Berhad
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM