Trending
Tok Mat Mohon Maaf Isu Penutupan Jalan, Cadang WFH Ketika Sidang ASEAN Mei Dan Oktober Nanti
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Mat tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat penutupan jalan semasa lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia baru-baru ini.
Menurut laporan Bernama, Tok Mat mengakui kesulitan yang dialami terutamanya penduduk Lembah Klang dan Putrajaya sepanjang tempoh 15 hingga 17 April lalu.
Jadi, saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan penutupan jalan semasa lawatan Xi.
Tok Mat cadang PdPR dan ‘work from home’ ketika sidang ASEAN

Bagi mengelakkan insiden sama berulang, Tok Mat mencadangkan agar pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dan PdPR untuk sekolah dijalankan semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada Mei dan Oktober.
Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet agar jabatan-jabatan yang berkenaan boleh bekerja dari rumah, dan sekolah pula boleh menjalankan PdPR untuk mengurangkan kesesakan serta kesulitan.
Kes jalan sesak tetap berlaku walaupun sudah dimaklum awal

Meskipun penutupan jalan telah dimaklumkan lebih awal, kesesakan lalu lintas tetap berlaku di beberapa lokasi utama ibu negara, dan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.
Terdahulu, Tok Mat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir ke KLIA bagi mengucapkan selamat jalan kepada Presiden Xi Jinping dan delegasinya yang berlepas ke Kemboja.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM