Connect with us

Oh! Media

TMJ Bakal Tinggalkan JDT?

Tmj

Trending

TMJ Bakal Tinggalkan JDT?

Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan salah satu pasukan daripada Liga Super yang terhebat serta mempunyai kualiti sebuah kelab setaraf antarabangsa.

BACA: Sultan Johor Titah TMJ Cari Brader Parodi Lagu PKP Vaksin

Hal itu berlaku selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih pasukan itu sejak tahun 2014.

IKLAN

Sejak dari itu, baginda telah berjaya membuat perubahan yang besar terhadap bola sepak Johor ke arah yang lebih profesional.

TMJ umum bakal tinggalkan JDT?

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sedang memikirkan kemungkinan untuk meninggalkan kelab bola sepak yang telah dipimpinnya sejak 2014.

Perkara itu dikongsikan di laman Instagram baginda selepas menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya melalui IG Story yang bertanyakan kesahihan baginda akan meninggalkan JDT.

Titahnya, keputusan meninggalkan kelab itu masih menjadi pertimbangan sama ada ingin tinggalkan atau sebaliknya.

Baginda turut mengakui akan berasa bimbang terhadap pelbagai aspek mengenai kelab yang mungkin akan ‘musnah’.

Saya sudah lapan tahun mengurus JDT, secara jujur saya letih sikit.

Tetapi jikalau saya angkat kaki segala-galanya akan musnah, pemain akan pergi, penaja akan lari dan kakitangan staf juga akan pergi.

Masih 50/50

Menerusi hantaran itu, baginda mengakui bahawa berasa sedikit letih selepas menguruskan kelab bola sepak yang merupakan minatnya dan masih mempertimbangkan untuk keluar.

Jadi saya 50/50, tetapi dengan secara jujur, saya letih sikit kerana saya mengurus bola sepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bola sepak.

Titah baginda lagi, dalam hidup seseorang, mereka seharusnya mencari sesuatu yang baharu apabila tidak lagi gembira melakukan perkara yang menjadi kebiasaan.

Dan dalam hidup apabila kita tidak berasa gembira buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain, jadi buat masa ini 50/50.

Screenshot 834

Sebelum ini, JDT telah disahkan menjuarai Liga Super buat kali kelapan berturut-turut sejak tahun 2014 dengan masih berbaki dua perlawanan.

Dalam tempoh lapan tahun, kelab itu berjaya mengumpulkan 28 piala iaitu 18 daripada pasukan senior dan 10 daripada pasukan junior.

Kredit: Instagram hrhcrownprinceofjohor I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas