Connect with us

Oh! Media

“Tinggal Di Dalam Buaian Tanpa Pengawasan” – Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifa Bukan Kemalangan

Ohmedia baby Syifaa

Trending

“Tinggal Di Dalam Buaian Tanpa Pengawasan” – Mahkamah Putuskan Kematian Baby Syifa Bukan Kemalangan

Selepas dua tahun berlalu, Mahkamah Koroner Seremban hari ini memutuskan punca sebenar kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri.

Dalam keputusan yang dibacakan, Koroner Datin Surita Budin memaklumkan kematian Baby Syifaa jelas bukan kecelakaan atau kemalangan.

Tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.

IKLAN
Ohmedia justice baby syifaa

Tambahnya, keadaan itu (tekanan pada leher) akhirnya menyebabkan kematian Baby Syifa dan ia adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Kematiannya disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas berpuas hati dengan keterangan daripada saksi-saksi dan membuat imbangan kebarangkalian secara keseluruhan.

Mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian disebabkan tindakan atau tinggalan S19 (pengasuh) yang tinggalkannya di dalam buaian tanpa pengawasan yang sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah.

Ibu mangsa, Anida Idrus tidak dapat menahan sebak selepas keputusan inkues kes kematian anaknya dilihat memeluk ahli keluarga dan menangis kerana perjuangannya sejak dua tahun lalu akhirnya menemukan keadilan.

Ohmedia baby Syifaa

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas