Madammu yang merupakan pengasas produk kecantikan, Noir dilihat semakin popular dan menjadi perhatian selepas menjadi penaja utama bagi Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang lalu.
Baru-baru ini, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid ada memuat naik satu video di TikTok yang menjadi bualan dan kecaman dalam kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, pengasas jenama kecantikan Noir itu berkongsi perubahan anaknya, Zahara yang kini memiliki kulit yang lebih cerah selepas menggunakan salah satu produk kesihatan jenamanya itu.
Netizen risau akan kesihatan buah pinggang anaknya yang berusia 11 tahun
Video tersebut mula tular di Facebook beberapa hari yang lalu meskipun sudah lama dimuatnaik di aplikasi TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Madammu yang menjadikan anaknya itu sebagai testimoni.
Mereka risau akan kesihatan buah pinggan kanak-kanak itu yang sudah mula memakan supplemen kecantikan sedari usia yang kecil.