
Trending
“Kenapa Tak Pakai Batik?” – Netizen Persoal Pakaian Ismail Sabri, Anggap Kurang Formal
Oleh
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini berkesempatan untuk bertemu dengan rakan sejawat dari Singapura iaitu Lee Hsein Loong.
Menerusi laporan Kosmo!, mereka bertemu empat mata sebelum menyampaikan ucaptama di Persidangan Nikkei yang dijadualkan keesokan harinya.
Pertemuan secara ‘face to face’ itu mengundang pelbagai reaksi netizen, bukan atas dasar kerja, tetapi pakaian yang dikenakan oleh Ismail Sabri ketika itu.
An RM5,500 Burberry shirt to meet the Singapore PM. Why not batik? Also, conversations were in Malay, right? https://t.co/rOHqGnimxC
— emmanuelsamarathisa (@esshimself) May 26, 2022
Di Twitter, netizen berpendapat adalah lebih baik jika Perdana Menteri mengenakan pakaian yang lebih formal seperti sut atau batik Malaysia.
Netizen turut berpendapat corak baju yang dipakainya pada hari itu yang seakan-akan kulit lembu dirasakan tidak sesuai untuk pertemuan itu.
Tidak habis disitu saja, harga pakaian jenama Burberry turut dipersoalkan kerana netizen merasakan harga baju yang mencecah RM5000 itu tersangatlah mahal serta berlebihan, lagi-lagi ‘design’ nya seperti itu.



Kredit: Twitter
