Trending
“Time Tu Dah Kena Tarik Naik Atas!” – Detik Cemas Anak Nyaris Diculik Dalam Kawasan Perumahan
Anak hampir diculik ketika berjalan kaki ke pasar malam. Suspek kejar dan tarik masuk rumah.
Seorang bapa berkongsi pengalaman ngeri apabila anak perempuannya hampir menjadi mangsa culik di Taman Bakawali, Bukit Sentosa 3, Rawang.
Kejadian berlaku pada 29 Januari 2026 kira-kira jam 6.50 petang, ketika tiga anaknya berjalan kaki ke pasar malam yang hanya 500 meter dari rumah mereka.
Ibu ayah kurang sihat, tiga anak berjalan kaki ke pasar malam
Disebabkan ibu dan ayah kurang sihat, tiga beradik ini dibenarkan keluar sendiri. Ketika melalui depan rumah suspek, tiba-tiba suspek mengejar anak perempuannya dan tangkap masuk ke dalam rumah.
Anak lelakinya mengejar suspek dan cuba untuk menarik adiknya yang ketika itu sudah dibawa ke tingkat atas rumah.

Anak lelakinya juga menjerit meminta tolong menyebabkan suspek naik angin lalu menendang kepala si adik berkali-kali.
Mujur jiran yang peka segera bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum perkara lebih buruk berlaku.

Kini ketiga-tiga anaknya masih trauma dengan kejadian tersebut, dan si bapa menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada jiran-jiran dan orang awam yang membantu.
Dalam hantaran terbaru, bapa mengakui pihaknya turut bersalah dalam kejadian menimpa anak. Dia menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati.
Pssttt! Kisah ini jadi peringatan besar buat semua ibu bapa. Walaupun kawasan perumahan nampak tenang dan biasa, penjenayah tetap ada di mana-mana. Jangan sesekali ambil ringan soal keselamatan anak-anak walau untuk urusan dekat.
Kredit: Facebook Nett Adnan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM