Connect with us

Oh! Media

‘Timbul La, Sayang Rindu Ni’ – Mangsa Dikhuariti Lemas Di Tasik Kenyir Baru Seminggu Kahwin

Cover Photo Om 1200 X 675 95

Trending

‘Timbul La, Sayang Rindu Ni’ – Mangsa Dikhuariti Lemas Di Tasik Kenyir Baru Seminggu Kahwin

Di Hulu Terengganu, seorang lelaki dipercayai lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir. Memetik laporan Berita Harian, saksi kejadian memaklumkan mangsa, Ami Azzizol dilihat berenang dari sebuah rumah rakit untuk mandi di sungai berkenaan.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan dengan pembabitan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk tempatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abdul Rashid berkata pencarian diperluas sehingga 25 ke 30 meter radius dan mangsa dijangkakan berada di sekitar lokasi kerana tiada arus di dasar berkenaan.

IKLAN

Tambah menyedihkan apabila abang, Mizie Abu Bakri memaklumkan mangsa baru sahaja seminggu berkahwin.

Kami tidak menyangka kejadian menyayat hati ini berlaku ketika inai masih merah di jari.

Tambahnya lagi, adik dan isterinya ada merancang untuk berbulan madu dan bercuti bersama keluarga mertuanya di Tasik Kenyir berikutan perintah larangan rentas negeri.

Screenshot 2021 03 28 at 65316 pm

Sementara itu, di media sosial, adik beradik ipar memohon orang ramai mendoakan semoga urusan pencarian mangsa dipermudahkan. Walaupun ujian ini sangat berat, mereka reda dengan apa yang terjadi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas