Trending
Timbalan Menteri KPDN Perjelas Video Beli Barang Dapur Cukup Dengan RM200 Adalah Video Lama
Pada
Oleh
Tular satu video Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh yang membuktikan boleh membeli barang dapur di pasar raya dengan harga bawah RM200 sejeak beberapa hari lepas.
Perkara itu buatkan ramai yang berasa kurang senang dan mendakwa barang yang dibeli seperti yang ditunjukkan itu hanya bertahan beberapa hari saja.
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Fuziah Salleh tampil memaklumkan bahawa video itu adalah rakaman lama yang dimuat naik semula oleh pihak tertentu.
Saya maklum dan tak terkejut kerana saya percaya ada dalang di sebaliknya (isu video tular) yang mungkin bermotifkan politik.
Menurutnya, rakaman tersebut diambil sewaktu beliau berkunjung di sebuah pasar raya yang terletak di Langkawi.
Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.
Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu.
Kata Fuziah pada pihak Harian Metro, harap penjelasan yang diberikan mampu perbetulkan semula tanggapan masyarakat terhadapnya.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Nur Syuhada pulang ke kampung bersama dua anak dan akhirnya tinggal di dalam kereta.
Ibu kongsi keadaan terkini Zaim selepas dibuli, trauma kejadian akan berulang.
Sambal Mama Tini jadi bualan, netizen kritik botol kecil tanpa sticker.
Khairul Aming ambil tindakan undang-undang dan hantar LOD susulan dakwaan kebocoran data peribadinya.
Dua suspek Rohingya itu didapati positif dadah.