Connect with us

Oh! Media

Tiga Negeri Beralih Ke Fasa 3, Kemudahan Individu Lengkap Dos Vaksin Bakal Diumum

Trending

Tiga Negeri Beralih Ke Fasa 3, Kemudahan Individu Lengkap Dos Vaksin Bakal Diumum

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu. Keputusan peralihan fasa 3 itu dicapai hasil mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkembangan pelaksanaan PPN.

ADVERTISEMENT

BACA: Kerajaan Pertimbang Individu Lengkap Divaksin Rentas Negeri Bertemu Keluarga

Dalam sidang tersebut, Perdana Menteri turut memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntikan vaksin.

fasa 3 PPN

Menurutnya, perkara tersebut perlu diperhalusi dengan berhati-hati untuk memastikan usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.

Turut dibincangkan adalah kemudahan yang bakal dinikmati sektor ekonomi.

Insya’Allah kemudahan-kemudahan ini akan saya umumkan dalam waktu yang terdekat.

Beliau berharap manfaat ini dapat membantu sektor ekonomi dengan mengambil kira keselamatan rakyat. Jelas beliau lagi, strategi kerajaan adalah untuk memberikan vaksin kepada seramai mungkin penduduk dewasa di seluruh negara.

Suntikan lengkap dos vaksin akan memberikan perlindungan kepada lebih ramai orang. Dengan ini, tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan juga dapat dikurangkan. Malah, lebih banyak sektor ekonomi dan sosial boleh dibuka dengan selamat.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan kerajaan untuk menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing. Beliau berharap dengan kerjasama semua, lebih banyak negeri akan beralih ke fasa seterusnya.

Kredit: Muhyiddin Yassin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas