Connect with us

Oh! Media

“Tiba-Tiba Mesin Terputar..” – Remaja Maut Tersepit Mesin Pengisar

mesin pengisar

Trending

“Tiba-Tiba Mesin Terputar..” – Remaja Maut Tersepit Mesin Pengisar

Kejadian di sebuah kilang di Jalan Megah 1/3, Taman Prindustrian Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri Johor, seorang remaja telah meninggal dunia kerana tersepit mesin pengisar.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Air, Tinggalkan 3 Anak

Menerusi laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada jam 11.30 pagi itu telah meragut nyawa mangsa, Fendy Asim, kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Kepala dan bahu terkena mesin semasa berputar

mesin pengisar

Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri mengatakan kejadian tersebut berlaku semasa mangsa sedang membersihkan mesin pengisar di kilang.

Mangsa sedang tunduk membuat pembersihan di dalam mesin tersebut dan secara tiba-tiba ia berputar serta menyebabkan kepala dan bahu mangsa terkena mesin.

Seorang rakan sekerja mangsa yang menyaksikan kejadian telah bergegas mematikan suis mesin dan memanggil rakan sekerja yang lain untuk membantu mengeluarkan mangsa dari dalam mesin berkenaan.

Doktor telah mengesahkan kematian mangsa semasa dibawa ke klinik untuk menerima rawatan. Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat dan melakukan ujian saringan Covid-19.

Sungguh, ajal maut itu atas ketentuan Tuhan. Bila-bila masa tanpa kita sedar, Allah boleh tarik nyawa kita. Ingatlah untuk sentiasa lakukan yang terbaik dan berbuat baik dengan orang di sekeliling okay!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas