Baru-baru ini viral di TikTok perkongsian seorang lelaki yang sedih apabila dihalau keluar daripada rumah sewa secara tiba-tiba.
BACA: Penyewa Dari ‘Neraka’ Tinggalkan Rumah Kotor, Siap Ada Bangkai Kucing!
Dia yang sedang bekerja ketika itu bergegas pulang ke rumah mengambil barang-barang kerana diminta keluar ‘on the spot’. Tuan rumah dikatakan memberi alasan sudah ada pembeli rumah itu.
Paling menyedihkan, tuan rumah tidak memulangkan segera deposit dan meminta tempoh selama sebulan.
Rata-rata daripada netizen mengecam tindakan tuan rumah dan menganggap lelaki ini telah dianiaya.
Perkongsian itu setakat ini telah mendapat lebih 1juta tontonan. Netizen yang bersimpati dengan nasibnya menawarkan tempat tidur buat sementara waktu.
Pulanglah balik deposit saya tuan, kenapa tuan nak saman saya sedangkan saya keluar rumah tu on the spot bila tuan halau saya tanpa notis.
Lelaki ini turut merayu tuan rumah memulangkan segera deposit memandangkan dia perlu mencari tempat tinggal lain.
Dengan kuasa viral, tuan rumah akhirnya bersetuju berjumpa untuk memulangkan kembali depositnya. Meskipun hanya mewakilkan anak, lelaki ini ucap rasa syukur.
Menurut si anak, dia sendiri tak tahu mengapa ayah menghalau penyewa keluar sedangkan pembeli rumah baru submit loan kepada bank. Si anak memohon maaf kerana penyewa ini menjadi mangsa keadaan.
Kredit: TikTok @acak_east
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.