Connect with us

Oh! Media

Tiada Dokumen Lahir Yang Sah, Nasab Anak GISBH Akan Ditentukan Mahkamah Syariah NegeriĀ 

Ohmedia nasab

Trending

Tiada Dokumen Lahir Yang Sah, Nasab Anak GISBH Akan Ditentukan Mahkamah Syariah NegeriĀ 

Dalam Op Global yang dibuat di 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH baru-baru ini, pihak polis telah menyelamatkan kira-kira 392 orang kanak-kanak.

Siasatan mendapati sebahagian daripada kanak-kanak itu di ‘bin’ dengan Abdullah di mana ibu bapa tidak tahu mengenai status mereka.

Menteri Agama

Memetik laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar memaklumkan nasab kanak-kanak tersebut akan ditentukan Mahkamah Syariah negeri.

IKLAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula akan memainkan peranan dalam jawatankuasa khas bagi menyelaras hal ini.

Hakim mahkamah syariah yang akan melihat pada keterangan sama ada keterangan lisan atau dokumen, dari situ ia akan menentukan sama ada wujudnya perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak.

Jelas beliau lagi, selepas mahkamah mengisytiharkan bahawa anak itu adalah anak yang sah taraf, barulah mereka boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Gisbh

Ujarnya, JPN tidak boleh mendaftarkan mereka sehingga perlu di ‘bin’ Abdullah kerana tiada dokumen yang menunjukkan berlakunya perkahwinan.

Dengan adanya sijil pernikahan itulah yang membolehkan JPN untuk mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kelahiran sah semua anak terbabit.

Isunya sekarang anak-anak itu seolah-olah tidak sah taraf dan tiada dokumen yang menunjukkan mereka lahir hasil perkahwinan yang sah.

Menteri Agama memberitahu, walaupun perkahwinan mereka ini ada yang dibuat secara ‘customary marriage‘, jika ia sah mengikut hukum syarak sijil perkahwinan akan dikeluarkan selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan.

Bekas pengikut GISBH juga akan dipanggil untuk membolehkan pihaknya menyiasat secara terperinci berhubung doktrin fahaman kumpulan itu.

Ohmedia nasab

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


šŸš€Ā Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jamĀ 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas