Bagi Madammu pula, netizen tidak boleh pukul rata kerana gadget mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
Jelasnya, ada banyak platform untuk tujuan pendidikan kepada kanak-kanak di telefon bimbit. Tambahan pula hidup pada zaman serba canggih kini, anak-anak sememangnya mudah terdedah kepada teknologi.
Madammu faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang main handphone ni banyak masalah.
Usahawan ini mengaku anak-anaknya belajar bercakap Bahasa Inggeris melalui video yang ditonton di telefon bimbit.
“Kena kawal” – Madammu
Apa yang penting katanya, ibu bapa harus tahu mengawal penggunaan telefom bimbit untuk tujuan pendidikan sahaja.
Rakaman video daripada sesi langsung ini ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan Madammu.