Connect with us

Oh! Media

“Terlalu Awal Untuk Beri Gelaran ‘Datuk’ Kepada Pandelela Rinong” – Menteri Belia Sukan Sarawak

Pandelela Rinong

Trending

“Terlalu Awal Untuk Beri Gelaran ‘Datuk’ Kepada Pandelela Rinong” – Menteri Belia Sukan Sarawak

Siapa sahaja tidak mengenali ratu terjun negara iaitu Pandelela Rinong yang telah memenangi banyak pingat buat negara. Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan gelaran ‘Datuk’ masih terlalu awal untuk diberikan kepada Pandelela.

Abdul Karim turut menjelaskan Pandelela masih terlalu muda untuk menerima gelaran tersebut dan ia akan menyebabkan beliau sukar untuk berinteraksi bersama rakannya secara normal di luar.

“Dia baru berusia 28 tahun, jangan manjakan dia. Maksud saya, boleh kamu bayangkan seseorang berusia 20-an mempunyai gelaran Datuk?

“Ini akan menyukarkannya untuk berinteraksi secara normal di luar apabila ada rakan memanggilnya Datuk,”katanya.

Reaksi itu diberikan oleh Abdul Karim ketika ditanya sama ada Sarawak akan memberikan ganjaran kepada pemenang pingat emas tunggal Malaysia dalam Kejohanan Piala Dunia Terjun Fina di Jepun.

IKLAN

Jelas beliau lagi, tidak baik untuk membiasakan atau memberi terlalu banyak ganjaran kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan perkembangan atlet tersebut.

“Sarawak mempunyai cara tersendiri untuk memberi penghargaan kepada mereka,” katanya.

Abdul Karim juga memuji Pandelela Rinong kerana beliau telah menarik minat ramai anak muda Sarawak untuk melibatkan diri dalam sukan terjun.

“Saya harap dengan pingat emas terbaru yang dicapai oleh Pandelela, ini akan menimbulkan minat lebih banyak anak mudaterlibat dalam sukan ini dan juga sukan air lain,” katanya.

Untuk info, penerjun dari Sarawak itu sebelum ini pernah mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak dalam kejohanan Olimpik Rio 2016 dan London 2012 dengan memenangi pingat perak dan gangsa.

Kredit : AstroAwani

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas