Trending
Terkini Mengenai Program Motivasi eHATI Libatkan Enam Individu Termasuk Pengasas Dan Suami
Pengasas eHATI direman bersama lima lagi susulan siasatan tiga kesalahan serius berkaitan program kontroversi.
Kontroversi berkenaan program motivasi rumah tangga, eHATI kini semakin hangat apabila enam individu termasuk pengasasnya dan suami dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk proses reman.
Menurut laporan Kosmo, kesemua mereka tiba sekitar pukul 10 pagi di pekarangan mahkamah sebelum dibawa masuk kira-kira sejam kemudian dengan kawalan ketat polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah.
Enam individu termasuk pengasas eHATI direman

Difahamkan, pengasas dan suaminya ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, menandakan perkembangan serius dalam siasatan kes ini.
Polis siasat di bawah tiga kesalahan

Siasatan terhadap program eHATI kini memberi tumpuan kepada tiga kesalahan utama yang diklasifikasikan di bawah:
- Seksyen 294 Kanun Keseksaan – berkaitan kelakuan lucah di tempat awam
- Seksyen 504 Kanun Keseksaan – berkenaan penghinaan yang boleh menyebabkan pecah keamanan
- Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil – berkaitan gangguan awam atau kelakuan tidak senonoh
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan juga sebelum ini telah mengesahkan penglibatan pihaknya dalam menyiasat kes ini yang telah menimbulkan kemarahan netizen dan masyarakat awam.
Pssttt! Setiap program motivasi seharusnya dibina atas nilai etika, bukan sensasi semata-mata. Jadikan isu ini pengajaran agar ilmu yang disampaikan benar-benar memberi manfaat, bukan memudaratkan.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM