Connect with us

Oh! Media

ebit lew

Trending

Terkini Mengenai Keputusan Kes Mahkamah Ebit Lew Dan Mondy Tattoo

Kes mahkamah di antara pendakwah terkenal Ebit Lew dan Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu akhirnya menemui titik noktah apabila Mahkamah Seksyen Shah Alam memutuskan kemenangan berpihak kepada Ebit Lew.

BACA: Dakwaan Rogol Mondy Tattoo Melibatkan Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan

IKLAN

Dalam satu hantaran di Instagram, Ebit Lew memaklumkan Mondy diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM20,000 berserta faedah 5% setahun kepada pihak plaintif.

Mondy diperintah bayar RM20,000

Ebit Lew meluahkan rasa syukur di atas keputusan mahkamah tersebut. Tambah beliau, saman kepada Caprice pula, yang dikaitkan dengan penyiaran podcast kontroversi tersebut, dijangka berlangsung pada Mei 2025 setelah hampir setahun menunggu.

Saman kepada Caprice berlangsung pada Mei 2025

caprice

Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20 ribu pada saya yang diputuskan Mahkamah Seksyen Shah Alam.

Perkongsian ini mendapat reaksi luar biasa daripada para pengikut Ebit Lew. Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa daripada netizen yang sentiasa menyokong perjuangannya. Ramai yang turut mendoakan agar segala urusan mahkamah seterusnya dipermudahkan.

ebit lew

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Ebit Lew


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas