Trending
Terkini! Jumlah Rakyat Malaysia Ditahan Pendatang Haram Sebanyak 12 Orang Termasuk Heliza Dan Hazwani Helmi
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) digemparkan apabila dua beradik selebriti, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, disahkan ditahan rejim Israel.
Kedua-duanya menaiki kapal Hio yang dipintas di perairan antarabangsa sekitar jam 2.34 pagi (waktu tempatan).
Menurut laporan Kosmo, dengan penahanan ini, jumlah rakyat Malaysia yang ditahan Israel kini meningkat kepada 12 orang.
Mesej cemas dari kapal-kapal Flotilla

Sebelum itu, beberapa peserta Malaysia sempat memuat naik mesej kecemasan.
- Kapal Sirius – Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin & Rusydi Ramli.
- Kapal Alma – Iylia Balqis, Musa Nuwayri & Sul Aidil.
- Kapal Huga – Zizi Kirana.
- Kapal Grande Blu – Farah Lee dan Danish Nazram.
Kesemua mereka menyeru agar maklumat penahanan ini disebarkan dan menekan komuniti antarabangsa untuk bertindak.
Rayuan terakhir peserta GSF
Dalam rakaman mesej kecemasan, seorang peserta memberi amaran:
Jika ada menonton video ini bermaksud saya telah diculik bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami aman, tiada keganasan, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.
Saya segera merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat.
Pssttt! Doakan keselamatan semua pejuang kemanusiaan kita di sana. Ingatlah, walau jauh, suara solidariti kita mampu memberi tekanan besar terhadap penindasan.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM