Trending

Terkini! Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis

Published on

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis dikatakan telah menahan datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayan Rayyan Abdul Matin petang tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang melakukan penahanan oleh anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor pada sekitar jam 2.30 petang tadi.

Penahanan itu dikatakan dilakukan pihak polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Ya, datuk dan nenek ditangkap dalam jam 2.30 petang hari ini. Mereka ditahan di Subang Bistari.

Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok.

Pagi tadi, pasangan itu dilihat hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, ketika ibu kepada kanak-kanak malang itu dibawa menghadiri prosiding merekod keterangan di hadapan majistret.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version